CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 16, 2009

bf org????

Ada satu kisah ni.....si GF nya marah kat ex GF laki ni............ gara2 masih berhubung dgn laki ni........... bukan berhubung ape pun.........just ym je dan suh laki tu melawat blog...bukan ajak dating pun.... kalau la dating lg la mengamuk agaknyer...mcm la org nak sgt kat bf dia tu..dia tak sedar agaknye yg bf dia tu masih lg call2 ex dia ni..... aku pun heran disebalik cite ni......... bg aku...bt pe nak marah2 kat ex dia ni.......kalau tkt sgt bf dia tu lari..ikatla cepat2.. maksiat pun tak jadi......... yg lucunyer siap bg komen blog ex gf laki ni.....tak de grafik la ape la......... dia ingat ni blog tadika ker........ perlu ke grafik tuk mencantik kn blog????? blog aku sendiri pun tak der grafik....... yer la tkt jd tadika plak... :)):)) ckup la sekadar org boley baca..................... betul x????

p/s Jgn marah.............huhu...

pEmbunuh upaHan..haha..

Gambar yang ni baru Pembunuh Upahan...huhu...






Aktiviti menembak tahunan ni telah diadakan di Bentong,Pahang...
mase nak menembak ni punyerla menggigil............. mmg tak kenelah sasaran...
macm mn nak kene kalau tkt...hehe..tak pe la...yg penting aku dapat merase pegang M16 & revolver .38

SelaMat menYambut haRi guRu...

Selamat menyambut hari guru kepada semua guru2 dimalaysia.................
Terutamanya Cg Sek Keb. Tok Jembal, Cg Sek.Men.Gong Badak,Cg Sek.Men Seri Berang,Cg Sek Men Teknik Kuantan, Cg Sek.Men.Tek.Trg dan Cg Sek.Men.Ibrahim Fikri...

Terima kasih Cg atas ilmu dan pengorbanan yang diberi selama ini.........

Semoga Cg sentiasa diberkati oleh Nya.........Amin..

meRtua vS meNantu

Kehidupan berumahtangga bukanlah sentiasa bahagia dan seronok sepanjang masa. Di samping kita hendak mengenal diri pasangan kita yang sebenar, kita juga perlu menyesuaikan diri dengan keluarga pasangan kita. Kadangkala ada yang berjaya namun tak kurang juga yang kecundang. Menghadapi masalah dengan keluarga mertua bukanlah sesuatu yang baru. Ditambah dengan kehidupan pada masa kini yang semakin kompleks. Kadangkala konflik berlaku bukan hanya kerana ibubapa pasangan yang tidak suka kepada kita tapi terjadi juga diri kita yang tidak suka dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan keluarga mertua tersebut. Oleh itu marilah kita renungkan bersama masalah yang di hadapi bagi pasangan berumahtangga untuk di jadikan pengajaran buat diri kita yang masih tercari-cari erti rumahtangga yang sebenar.

KATA orang, mak dan bapa mentua itu ibarat ibu dan ayah kandung. Layanan kita pada mereka seharusnya sama seperti layanan dan hormat yang diberikan pada ibu dan bapa sendiri. Begitu juga dalam menerima layanan mereka terhadap kita, tidak kira kasih sayang, teguran mahupun kemarahan.

Tetapi, berapa ramai yang dapat menerima hakikat ini dan menerima ibu bapa mentua secara sepatutnya? Kalau ibu dan bapa mentua baik, waaaahhh...kitalah menantu kesayangan, kononnya. Tapi, bila kena tegur, terus tak mahu bertegur-sapa, menjenguk kerana terpaksa, layanan ala-ala (ala kadar) saja.

Mengapa? Bukan mudah menerima kehadiran `orang asing dalam hidup secara tiba-tiba, tambah pula apabila sudah dewasa, sesudah diri menjadi buluh. Ini perkara biasa dalam apa juga jenis perhubungan. Persahabatan dengan rakan pun, kita biasanya akan terus bersahabat baik dengan rakan yang kita kenali sejak kecil.

Kehadiran orang baru dianggap orang asing. Syak wasangka menangani sangka baik. Teguran dan nasihat berlandaskan rasa tanggungjawab serta kasih sayang dianggap bertujuan `mengena, tidak ikhlas, semata-mata untuk menyakitkan hati. Tak baikkan fikir macam itu? Tapi, hendak buat macam mana? Lumrah...

Lumrahnya juga, kita sering terlupa, hakikatnya bukan kita saja yang lebih muda, berperanan sebagai menantu yang sukar membuka hati buat mentua. Mentua juga berperasaan serupa.

Jangan lupa, ada ketikanya, lebih sukar untuk mereka, khususnya si ibu menerima menantu, yang dianggap `perampas anak kesayangan mereka dan selalunya, dalam kebanyakan kes perang dingin menantu-mentua ini, anak kesayangan ini jantinanya lelaki.
Maka, bermulalah kisah `penderitaan menantu perempuan. Kurang sikitkan dengar kisah menantu lelaki menderita? Biasalah, lelaki selalunya jenis tak kisah, buat selamba, lantaklah mak mentua hendak `membebel, marah, tegur, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Semua ini mungkin kerana perbezaan sifat dan naluri dengan lelaki. Wanita penuh emosi, sensitif hingga adakalanya (atau lebih tepat, selalunya) terlalu sensitif, suka membesar-besarkan perkara kecil dan remeh hingga bertindak di luar kawalan, tidak rasional.

Ini bukan dakwaan tetapi kenyataan berdasarkan kajian saintifik. Otak wanita berbeza dengan otak lelaki. Otak wanita membentuk wanita menjadi lebih beremosi, lebih sensitif dan kurang berfikir secara rasional berbanding lelaki.

Tetapi, kerana sifat ini jugalah wanita sering bertindak sebagai `penghibur, penceria dan penyelamat hubungan menantu-mentua. Kalau si wanita ini sendiri tak `ngam (tak sesuai) dengan mentua, terutama ibu mentua, dia masih boleh `berlakon ngan, begitu juga si ibu mentua demi menjaga hubungan baik seluruh anggota keluarga.

Kalau suami pula yang tidak `ngam dengan mentua, wanita sebagai anak juga akan memainkan peranan supaya `perang dingin itu tidak ketara, tidak melarat. Betul?

Apapun, pantai mana yang tidak dilanda ombak, sedangkan lidah lagi tergigit, terkecil hati, berasa hati, marah, sedih, geram, asam garam dalam kehidupan. Adik-beradik pun bertegang leher, anak dan ibu bapa juga adakalanya berasa hati, inikan pula dengan orang baru, keluarga baru.

Tolak-ansur, mengalah, amat penting. Berdiam diri, mengalah tak bererti kita kalah. Elakkan bersangka buruk dan yang muda, menantu, sebaik-baiknya lebih banyak mengalah dan menerima segala teguran dengan hati terbuka.

Ingat satu perkara, ibu bapa mana yang tidak mahukan perkara terbaik untuk anak-anak mereka. Kita juga pasti akan jadi `cerewet bila anak-anak berumahtangga kelak. Setuju?

Sekian, Selamat membaca dan semoga berjaya.